Photobucket

Muallim …. Murabbi…Muaddib..

>> Thursday, April 30, 2009

ﻛﻥ ﻋﺎﻟﻣﺎ ﺃﻭ ﻣﺗﻌﻟﻣﺎ ﺃﻭ ﻣﺳﺗﻣﻌﺎ ﺃﻭ ﻣﺣﺑﺎ ﻟﻟﻌﻟﻡ ﻭ ﻻ ﺗﻛﻥ ﺧﺎﻣﺳﺎ ﻓﺗﻬﻟﻙ

Maksud hadith:

“Jadilah orang yang berilmu, atau menuntut ilmu, atau mendengarkan ilmu, atau yang mencintai ilmu. Dan jangan menjadi org yang kelima (yakni bukan dari 4 golongan pertama), maka kamu akan musnah”.

Bukan mudah untuk menjadi mu’allim yang sebenarnya. Mudah untuk mengajar tetapi sejauh mana apa yang kita ajar meresap ke dalam diri anak murid kita untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian mereka. Guru bukan sekadar mua’llim saja malah konsep yang sebenarnya dalam Islam ialah guru juga sebagai Muaddib, Murabbi, Muaddib, Mudarris.

Peranannya nampak sama saja iaitu mengajar, namun hakikat yang sebenarnya ialah muaddib ialah pendidik yang mengajar mengenai akhlak dan sakhsiah murid, begitu juga mudarris sebagai pengajar ilmu yang dikuasainya, selain murabbi, yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi ruhani dan juga jasmani.

Realitinya, institusi pendidikan pada masa kini sudah tidak segah pada masa dulu. Martabat guru ada yang diremehkan oleh ibu bapa. Ada yang mengatakan guru tidak pandai mengajar dan sebagainya. Pantang saja anak dimarahi oleh guru, terus saja ibu bapa datang dan guru yang diberi amaran. Bukan anak yang ditegur supaya mengubah perangai. Pelik-pelik..

Itulah cabaran pada masa kini. Zaman yang penuh mencabar, zaman ‘broadband” mudah dibeli dan ‘access wireless’ mudah dicari. Teknologi tidak salah, tapi orang yang menggunakannya menyebabkannya menjadi tidak suci.

Yang menggunakan IT untuk menyebarkan dakwah, amat bagus. Tahniah dan syabas!!! namun tak kurangnya dengan perkara yang sebaliknya.

Berbalik kepada persoalan muallim tadi, kita sama-sama renungi pada masa kini betapa ramai orang yang menjadi guru kerana tiada pilihan lain. Sudah puas mencari kerja lain tapi tak ketemu rezekinya. Maka beramai-ramailah orang memohon untuk menjadi guru. Dan alhamdulillah, pada yang telah menjadi guru seikhlas hatinya, kerana Allah Ta’ala. Tahniah diucapkan.



Read more... Read More......

Ciri-ciri Guru Mursyid

>> Monday, April 27, 2009

"Ciri-ciri guru mursyid itu ... adalah..

1. Ilmu Islamnya global, luas dan bukan takat ilmu lahir tetapi ilmu rohaniah. Ilmunya mencakupi pelbagai bidang seperti tauhid, ibadah, tasauf, kepimpinan, perjuangan, keluarga dan juga kemasyarakatan.

2. Ilmunya itu bukan dirujuk pada kitab tetapi dia mendapat ilham daripada Tuhan. Ini bersesuaian dengan firman Tuhan yang maksudnya bilamana seseorang itu bertaqwa, maka Allah akan anugerahkan ilmu padanya. Juga dalam firman Tuhan lain yang bermaksud orang yang dianugerahkan Tuhan hikmah itu mendapat kebaikan yang banyak.

3. Ilmunya bukan sekadar ilmu tetapi ia hidup dan mendarah daging pada dirinya. Bermaksud dia boleh mengamalkan ilmu tersebut. Ilmu dan amal itu selari. Amalannya tepat sepertimana ilmunya. Dia bukan sahaja bercakap tetapi berbuat sesuai dengan cakapnya.

4. Peribadinya mendekati peribadi Rasulullah s.a.w. Dia adalah bayangan Rasulullah bila disuluh dari sudut tauhid, ibadah, akhlak dan perjuangannya. Bahkan dialah orang yang paling kenal Rasulullah s.a.w, boleh menceritakan bahkan menjiwai watak Rasulullah.

5. Dia mempunyai kekuatan roh dan akal untuk mendidik muridnya dan ini diterjemahkan oleh peribadi muridnya sendiri. Dalam ertikata lain, berjaya muridnya untuk mujahadah dan mengusahakan taqwa itu adalah hasil didikannya.

6. Dia sangat kenal dan faham tentang muridnya. Bahkan dia sangat bertanggungjawab terhadap muridnya terutama dalam soal urusan muridnya dengan Tuhan.

Read more... Read More......

Bahan Modul Pengajaran Surah al-A'raf 57: 58 (Pengayaan)

>> Tuesday, April 21, 2009

Komik : Bersyukurlah anugerahNya...............



Komik : Gagal Sekali Bukan bermakna Gagal Selama-lamanya............





Tree Growth




Pengayaan



Read more... Read More......

Wudu'

>> Saturday, April 18, 2009





Read more... Read More......

Tayammum





Read more... Read More......

Zikir 20 Sifatullah (Sifat Allah)





Read more... Read More......

Sepasang Kasut Seorang Da`I

>> Thursday, April 16, 2009

Namaku Nike, aku adalah dari bangsa trainer. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset. Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.

Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid.

Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padangbola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga.

Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kaata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.


Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.

Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.

Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.

Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.

Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cubamengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang da`i.

Read more... Read More......

Cerpen Terbaik Harapan Sekeping Hati

Ya Tuhan...
Kepada ENGKAU aku sembah
Kepada Engkau aku minta pertolongan
Tunjukan aku jalan yang lurus.

Ya.. Allah ya Tuhan ku...
Ini aku datang untuk menulis lagi.

Terlalu banyak sekali perkara2 yang ingin ku luahkan yang ada didalam fikiran dan dada ini kepada MU.
aku juga telah mendengar khabar gembira dan khabar ancaman dari MU melalui kitab Al Quran MU.
Dan bermacam2 keterangan dari ahli agama tentang suruhan dan larangan MU.
Telah ku lalui hidup ini bertahun2 penuh dengan kekurangan dan kesilapan.

Ya Allah ya Tuhan ku...
Sesungguhnya Engkau jua sebaik2 pemberi petunjuk. Engkau juga sebaik2 pemberi kekuatan diri ini didalam menempuhi segala kesenangan dan kesusahan.

Sesungguhnya aku cuma ada dua pilihan sahaja didalam hidupku ini.
Percaya dan yakin kepada MU didalam hidupku ini ...... atau sebaliknya!
Bershukur dan beramal sebulat hati semata2 kerana MU didalam hidupku ini ........ atau sebaliknya.

Ya Allah ya Tuhan ku....
Sesungguhnya aku mengaku bahawa fikiran dan hatiku ini maseh lemah. Sering sahaja berubah2. Sekejap begini.... sekejap begitu.

Dan aku juga telah sedar.... yang selama ini. aku telah membiarkan hati-perasaan dan kesukaanku lebeh cenderung kepada ....... selain ENGKAU! Tanpa aku sedari. aku telah membiasakan diri dan hatiku ini cenderung kepada ......... selain Engkau!
Tanpa disedari. aku telah lebeh suka kepada macam2 perkara selain dari ENGKAU!
aku telah memupuk hati dan suka ku kepada ........ selain Engkau.

Maha suci ENGKAU ya Allah!
Yang telah memberi kesedaran kepada ku.
Segala puji hanyalah kepada MU ya Allah yang telah membuka fikiranku ini!

Ya Allah ya Tuhanku.
Mulai dari saat ini. aku akan berusaha didalam hidupku ini sepanjang hayatku untuk SUKA kepada ENGKAU!
aku akan berusaha untuk mendidik hatiku ini supaya lebeh cenderung dan suka kepada MU ya Allah. aku akan cuba mengurangkan kesukaanku kepada lain2 perkara.... supaya hatiku lebeh suka kepada MU ya Allah!
Tolonglah aku ya Allah!

Tolonglah aku supaya hatiku lebeh suka kepada MU ya Allah!
aku takut jikalau hatiku menjadi kurang suka kepada MU.
aku takut jikalau hati ku lebeh suka kepada lain2 perkara melebihi suka ku kepada MU ya Allah. aku tidak mahu hatiku lebeh suka kepada perkara2 lain melebihi daripada suka kepada MU ya Tuhanku!

Apalah ertinya hidup ini dan diri ini... jikalau hatiku ini lebeh suka kepada yang lain melebehi suka kepada MU!
Apalah ertinya diri ini yang telah percaya kepada MU dan agama MU.... sedangkan hatiku ini lebeh cenderung dan suka kepada perkara2 yang lain melebihi daripada suka kepada wajah MU ya Allah!
Apalah ertinya segala kepandaian ilmu dan amal kebajikan yang ku lakukan didalam hidup ini...... jikalau hatiku ini maseh lebih cenderung dan lebih suka kepada perkara2 yang lain..... melebehi cenderung dan suka kepada zat MU ya Allah.

Apalah ertinya segala ibadat dan zikir ku kepada MU didunia ini ... jikakalau hatiku maseh lebih suka kepada lain2 perkara .... melebihi daripada suka ku kepada MU ya Allah!
Apalah ertinya bershukur dan ikhlas kepada MU.... sedangkan hatiku lebeh cenderung dan suka kepada perkara2 lain melebehi suka kepada MU ya Allah.
Bagaimana aku boleh lari dari perkara ini..... sedangkan ENGKAU amat mengetahui apa yang hati ku lebih suka dan cenderung ya Allah!

Ya Allah ya Tuhan ku.....
aku tidak mahu mati dengan membawa sekeping hatiku yang amat kurang suka kepada MU!
aku tidak mahu mati dengan membawa sekeping hatiku... yang lebeh suka kepada lain2 perkara melebihi dari suka kepada wajah MU!
aku merasa malu dan bersalah jika mati dengan membawa sekeping hatiku yang kurang suka dan sayang kepada MU ya Allah!

Tolonglah aku ya Allah...!
Bawalah hatiku ini supaya lebih cenderung dan suka bergembira kepada zatmu ya Allah melebehi daripada perkara2 yang lain!
Sesungguhnya. .... aku telah pun percaya kepada MU ya Allah!
Walau apa pun yang bakal terjadi.... aku tidak ada pilihan yang lain... melainkan mesti suka kepada MU ya Allah ..... melebihi daripada perkara2 yang lain!
Dan...
aku mengaku bahawasanya. ... ENGKAU lah ya Allah...satu2nya Tuhan ku!

Read more... Read More......

Berdakwah Melalui Blog

Sumber artikel : saifulislam.com

Berdakwah melalui blog” demikian tajuk ceramah yang diamanahkan kepada saya.
Fakulti Teknologi dan Sains Informasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menganjurkan ceramah berkaitan dengan dua lapangan iaitu DAKWAH dan TEKNOLOGI MAKLUMAT. Saya sebenarnya agak kekok tatkala menerima jemputan berceramah tentang blog. Sebagaimana saya masih lagi berasa kekok digelar sebagai blogger.

Tetapi jemputan ini merupakan peluang yang baik untuk saya membuat muhasabah terhadap apa yang saya lakukan selama ini. Sesungguhnya dakwah bukan sekadar menyampaikan. Sebaliknya tanggungjawab menguruskan dakwah juga sama penting. Soal dokumentasi, adalah penting agar usaha dakwah seorang da’ie tidak mati dengan matinya dia. Ceramah ini membantu saya mendokumentasikan sejarah perjalanan SAIFULISLAM. COM

Berdakwah dengan hikmah itu luas pengertiannya. Namun hikmah yang penting untuk dikaitkan dengan topik berdakwah melalui blog ini, adalah hikmah yang bermaksud ketepatan. Tepat kaedah dan tepat sasaran. Bukan sahaja perniagaan yang memencilkan internet akan kerugian besar pada pelanggannya yang berpotensi, malah pada jalur yang sama, dakwah juga akan terpencil dengan memencilkan internet.

Berdakwah melalui blog adalah response yang dituntut bagi mendepani challenge yang sedang dihadapi semasa. Ia adalah suatu tindakan proaktif.

Ada beberapa tabiat sedia ada pada diri saya yang banyak memberikan kemudahan untuk berblog. Semenjak di bangku sekolah, minat kepada komputer sangat tinggi. Ketika di Tingkatan 1, saya bersungguh-sungguh cuba belajar Basic Awalan, belajar menggunakan Wordstar dan seterusnya tidak pernah jemu menongkat dagu di bilik komputer sekolah dari malam hingga ke subuh untuk mencetak majalah sekolah dengan mesin cetak yang amat bising dan mengilukan ketika itu.



Malah semasa di Jordan, biar pun tanpa internet, saya sudah selesa untuk duduk mengadap komputer mempeghodi (meneroka sambil ‘merosakkan) kedua-dua aspek software dan hardware komputer Macintosh Performa milik teman-teman. Pernah juga berniaga memasang komputer secara ala carte untuk pelajar semasa bermastautin di UK, Tottenham Court Road adalah ’syurga dunia’ saya.

Manakala menulis pula, adalah cara saya menghilangkan kusut minda. Saya tidak boleh membaca nota orang lain. Apa sahaja yang dipelajari perlu dinotakan sendiri dan menulis sentiasa menjadi cara saya untuk menyusun kefahaman saya tentang sesuatu subjek dan topik. Kombinasi di antara tabiat menulis untuk menterjemahkan minda, dan komputer sebagai suatu perkara yang amat digemari, maka momentum untuk blog menjadi mudah dan seperti semulajadi.

Bermain-main dengan coding di era Basic Awalan dan DOS, menjadikan aplikasi HTML sangat menghiburkan. Saya memulakan penulisan di internet dengan gurau senda saya bersama html yang di suatu ketika belum muncul dalam bentuk template. Segala-galanya bermula dari kosong dan usaha untuk mengemaskinikan halaman web peribadi boleh menelan masa berjam-jam akibat daripada nature kod HTML itu sendiri.
Blog saifulislam. com beroleh suatu kemudahan yang amat besar apabila saya diperkenalkan oleh seorang sahabat dengan platform Wordpress. Biar pun di peringkat awal saya agak sinikal dengan idea-idea baru, rasa kekok melihat blog-blog yang kelihatannya seperti sebuah diari, namun saya beranikan sahaja diri untuk mencuba. Ternyata, wordpress telah memberikan satu bentuk revolusi yang besar kepada saifulislam. com.

Artikel pertama yang saya muat naik, adalah PEMBUKAAN KOTA CONSTANTINOPLE 1453 di halaman web pertama saya yang menumpang di TRIPOD. Dalam usaha untuk mencari hosting percuma yang tidak terlalu diganggu oleh iklan di sana sini, saya berpindah dari TRIPOD ke GEOCITIES, pernah juga ke FREEHOSTDEPARTMENT dan satu dua syarikat hosting yang lain. Sehinggalah akhirnya, saya menulis artikel “NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT JUANG”, dan mahu mengenengahkan fail mp3 nasyid-nasyid kumpulan nasyid kami semasa menuntut di Jordan dulu, lalu saya telah berpindah ke server berbayar pertama di www.hostdepartment. com.

Ketika itu, halaman web peribadi saya dialamatkan dengan domain www.hasrizal. com dan ia bertahan selama kira-kira setahun, sehinggalah saya semakin menerima soalan daripada teman-teman bukan Melayu yang bertanyakan tentang maksud HASRIZAL. Akhirnya, selepas kelahiran anak sulung saya, www.hasrizal. com ditukarkan ke www.saifulislam. com sehingga kini.

Domain www.hasrizal. com masih disimpan dan diperbaharui sehinggalah dua atau tiga tahun kemudian saya terlupa untuk memperbaharui domain itu, dan ia expired. Kini domain itu dipegang oleh sebuah syarikat pendaftar dan saya ditawarkan untuk membeli kembali domain tersebut dengan harga beberapa ribu US Dollar! Nasihat saya kepada sesiapa yang mahu mendaftar domain, anda perlu konsisten menjaganya. Sekali terlepas, terlepaslah ia.

“Berblog kerana terpaksa, terseksa!” saya menyelitkan penerangan.

“Berblog untuk menerima, terima duit, terima pengunjung, terima manfaat, lebih bagus dan boleh fokus. Tapi ia belum cukup bagus,” saya menambah lagi.

“Berblog untuk memberi, mencari makna hidup dengan menyumbangkan kebaikan dan nasihat serta panduan… itulah kemuncak kepuasan dalam berblog. Justeru saya pilih tag blog Saifulislam. Com sebagai ERTI HIDUP PADA MEMBERI” saya menyambung bicara.

“Dengan syarat, memberi itu dengan rasa kasih sayang,” penerangan disudahkan.

Nilaikanlah sendiri apa motif atau niat anda untuk membuka blog. Apakah kerana terpaksa disebabkan oleh trend rakan-rakan yang membuka blog? Apakah sekadar memikirkan apa manfaat yang mahu diterima, dengan membuka 100 blog yang hanya mempunyai iklan untuk menjana duit? Atau ada sesuatu yang lebih besar daripada semua itu? Mahu MEMBERI?

Membuka blog dan memulakannya amat mudah. Semudah membuka akaun email. Jika seseorang itu boleh menggunakan Microsoft Word, pasti mengendalikan wordpress.com atau blogspot.com tidak menjadi masalah buatnya.

Tetapi persoalan yang besar ialah pada istiqamah. Konsistensi yang mahu dipertahankan dalam perjalanan yang panjang. Alhamdulillah setelah lebih 10 tahun memilik halaman web sendiri, daripada sebuah personal website kepada apa yang dinamakan hari ini sebagai BLOG, beberapa nasihat boleh dikongsikan bersama untuk mencari kekuatan yang didambakan oleh seorang penulis.

Salah satu unsur penting untuk kejayaan sebuah blog ialah pada menjadikannya sebuah blog yang unik dan tersendiri. Keunikan itu sukar untuk timbul jika kita sekadar cut and paste artikel daripada halaman lain atau sekadar menulis pengetahuan yang kita tahu. Keunikan boleh timbul daripada sesuatu yang hanya dimiliki secara eksklusif oleh setiap individu seperti cap jarinya iaitulah sebuah PENGALAMAN.

Banyakkan menyelitkan pengalaman diri kerana itulah elemen yang menjadikan blog kita tidak sama dengan mana-mana blog lain. Angkat pengalaman itu sebagai mutiara yang berharga dalam hidup, dan latihlah diri untuk berupaya menafsirkan pengalaman hidup hingga terbit ibrah daripadanya.

Tidak dilupakan, aspek kualiti bahasa.

Menulis dengan bahasa yang korupsi, bukan sahaja akan menjadikan sebuah blog tidak diminati oleh kelompok yang tidak berbahasa dengan slanga yang sedemikian rupa, malah penulis blog itu sendiri akan mual membaca catatannya semasa mendukung anak ketiga sambil menyelak arkib.

Kualiti bahasa itu adalah kadar nyawa bagai upaya malar segar sesebuah blog dan artikel yang dihasilkan.

Tentu sekali, faktor paling besar ialah pada membawa keluarga untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada blog kita.

Daripada sesuatu yang dianggap mencuri masa oleh sang isteri, saya tidak jemu-jemu untuk mengubah suai persepsi isteri dan keluarga hingga akhirnya blog saifulislam. com menjadi wadah untuk kami berdua merakamkan proses belajar dan mengajar dalam rumahtangga sendiri, dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan keluarga Saifulislam. Com.

Syukur, dalam tatih, akhirnya UMMUSAIF.COM juga muncul dengan identitinya yang tersendiri.

Komen bukan sebarang komen. Ia adalah sama berharga dan sama berguna di sisi artikel induk yang dipaparkan.

Justeru saya amat serius dalam usaha menjaga hala tuju dan bentuk komen yang dikongsi bersama oleh pembaca. Setiap satu komen dihargai. Kecuali komen yang tidak menghormati tajuk perbincangan asal, serta komen yang diungkap dengan bahasa yang tidak berakhlaq.

Semua itu terpaksa dibersihkan agar blog yang bakal saya wariskan kepada anak-anak ini, tidak mengandungi wabak penyakit yang mengundang dosa.

Terima kasih kepada SEMUA pembaca yang sudi berkongsi. Sharing is caring, amat besar pengertiannya di Saifulislam. Com

Dua orang mentor besar saya, telah memberikan impak yang sangat signifikan kepada fikiran, pendekatan dakwah dan seterusnya tulisan saya sendiri.

Mentor pertama adalah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, sifu saya semasa bertugas di Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Bekerja sebagai penolong pengarah kepada bahagian penyelidikan dan modul, saya bekerja di bawah panduan Ustaz Pahrol, dan beliau yang kaya dengan pengalaman dakwah serta ketajaman minda, mengasah segala apa yang saya ada agar berhasil menjadi suatu pakej dakwah yang baik.

Beliau memperkenalkan saya kepada kaedah beranalogi. Beliau juga meyakinkan saya kepada kuasa simplicityself help Barat dan yang paling utama, beliau mengubah 100% persepsi saya terhadap apa yang dinamakan sebagai MOTIVASI. di dalam ilmu dan penyampaian. Ustaz Pahrol membantu saya membaca buku-buku

Mentor kedua saya adalah Puan Ainon Mohamad, Sifu PTS.

Biar pun saya hanya berkesempatan hadir ke kursus kendalian beliau sebanyak dua kali, impaknya amat besar kepada diri saya dan seterusnya menyaksikan perubahan kepada penulisan saya di blog Saifulislam. Com.

Pertamanya, Puan Ainon memperkenalkan tool yang sangat berguna untuk penulis seperti saya. Peta minda (mindmap) berbentuk tulang ikan yang diajarnya telah begitu berkesan sekali membantu saya mengingati kembali sejumlah besar peristiwa yang pernah berlaku di dalam hidup ini, dan tidak keterlaluan jika saya katakan, peta minda yang diajar oleh Puan Ainon itu telah memungkinkan saya menghasilkan tidak kurang daripada 100 artikel pada kadar yang segera.

Keduanya, Puan Ainon mengajar saya cara untuk menghidupkan penulisan, iaitu dengan membanyakkan ayat-ayat dialog berbanding ayat naratif yang membosankan.

“Aku mengantuklah,” kata Ahmad.

“Aku pun sama juga. Inilah akibatnya jika sibuk berkempen malam tadi!” balas Ali yang meneman.

Bentuk ayat sebegini adalah jauh lebih menghidupkan penceritaan berbanding sekadar catatan:

“… pagi itu Ahmad dan Ali mengantuk kerana mereka tidak cukup tidur. Semuanya gara-gara sibuk berkempen hingga jauh malam…”

Bukan sahaja Ahmad dan Ali yang mengantuk, malah pembaca juga turut mengantuk sama!

Begitu juga, Puan Ainon meyakinkan saya tentang KUASA CERITA. Sampaikan agama melalui cerita, adalah mesej yang sering beliau tekankan. Biar pun suatu tajuk itu begitu berat isinya, namun cerita akan mampu mengubah mesej berat itu kepada format yang mudah digarap oleh pembaca.

Terakhir, Puan Ainon juga memperkenalkan kepada saya KJ Method, iaitu kaedah menulis yang tidak terikat kepada bentuk lateral yang membantutkan. Lepas Bab 1 baru Bab 2. Jika tersangkut Bab 3, maka sampai kiamatlah tidak muncul Bab 4. Meminjam tabiat turunnya ayat-ayat al-Quran secara rawak bergantung kepada situasi dan peristiwa, demikianlah seorang penulis harus memanfaatkannya.

Tulis sahaja apa yang terlintas di kepala.

Cuma kekalkan kerangka, bahasa dan gaya penyampaian agar semua artikel itu nanti boleh dicantumkan menjadi sebuah buku.

Itulah ramuan di sebalik penghasilan buku pertama saya, AKU TERIMA NIKAHNYA.

Mungkin inilah kemuncaknya.

Setelah halaman web berubah menjadi blog, blog berhasil menjadi buku, akhirnya blog juga menjadi asas karier utama saya hari ini. Penubuhan Saifulislam Training & Consultancy adalah hasil daripada perkembangan blog Saifulislam. Com. Kini, hampir 75% aktiviti dan jemputan yang saya terima, dijana oleh blog dan bagusnya ialah, kesemua ceramah saya, boleh dilanjutkan pembacaan, semakan semula dan pengambilan nota dengan peserta melayari blog Saifulislam. Com.

Blog ini menjadi after course service untuk follow up yang sering menjadi titik kegagalan kursus-kursus motivasi yang lain, apabila kursus yang berkesan tidak dibekalkan dengan bahan susulan yang menyokong perubahan diri yang diserukan kepada manusia.

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada Al-Fadhil Encik Che Wan Shamsul Bahri bin Che Wan Ahmad dan Encik Khirulnizam Abd Rahman daripada KUIS atas jemputan. Semoga bermanfaat.

Semoga Allah terus menerus mengurniakan daya istiqamah dan kemurniaan maksud di sebalik penghasilan blog ini.

Jangan henti ngeblog… hingga kamu mati.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com


ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam. Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]
________________________________________
© SAIFULISLAM. COM (1998 – 2008)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam. Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam. Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM. COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam. com
56000 Kuala Lumpur

Read more... Read More......

Ikhlaskah kita???

>> Wednesday, April 15, 2009

Oleh Imam Khalid di soleh.net

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

“Yang ikhlas.”

“Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.Erti Ikhlas
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhan-Nya
2. kerana keredhaan-Nya
3. kerana arahan-Nya
4. kerana mentaati-Nya
5. kerana patuh pada-Nya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

“Inilah masanya nak jadi popular”

“Aku akan jadi terkenal…”

“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:

“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:

“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Ingatlah:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.
Wallahu a’lam.

Read more... Read More......

Teknik Mudah Untuk Update Blog

Perkongsian oleh smartzul (Tips blog)

Ramai blogger pening kepala untuk menulis artikel bagi blog mereka. Hakikatnya, mereka bukan tidak boleh menulis atau tiada masa atau kekeringan idea. Itu semua hanyalah mitos semata-mata.

Terdapat dua jenis artikel (post) iaitu:
1. Topik yang terfikir secara spontan
2. Tajuk yang telah dirancang

Untuk mendapat idea yang spontan, ia tidak selalu berlaku. Maka, sebab itu ramai blogger ‘kekeringan idea’ kerana lebih berharap kepada idea yang spontan dan tiba-tiba.



Jadi, untuk membolehkan anda sentiasa menulis pelbagai artikel tanpa sebarang masalah, anda perlu merancang dari awal.


Contohnya, rancanglah lima hingga sepuluh tajuk artikel yang akan diterbitkan secara berkala. Tidak semestinya berlainan tajuk atau topik kerana anda juga boleh menulis dalam bentuk bersiri.

Read more... Read More......

Ciri-ciri Guru Mursyid

>> Monday, April 13, 2009

"Ciri-ciri guru mursyid itu ... adalah..

1. Ilmu Islamnya global, luas dan bukan takat ilmu lahir tetapi ilmu rohaniah. Ilmunya mencakupi pelbagai bidang seperti tauhid, ibadah, tasauf, kepimpinan, perjuangan, keluarga dan juga kemasyarakatan.

2. Ilmunya itu bukan dirujuk pada kitab tetapi dia mendapat ilham daripada Tuhan. Ini bersesuaian dengan firman Tuhan yang maksudnya bilamana seseorang itu bertaqwa, maka Allah akan anugerahkan ilmu padanya. Juga dalam firman Tuhan lain yang bermaksud orang yang dianugerahkan Tuhan hikmah itu mendapat kebaikan yang banyak.

3. Ilmunya bukan sekadar ilmu tetapi ia hidup dan mendarah daging pada dirinya. Bermaksud dia boleh mengamalkan ilmu tersebut. Ilmu dan amal itu selari. Amalannya tepat sepertimana ilmunya. Dia bukan sahaja bercakap tetapi berbuat sesuai dengan cakapnya.

4. Peribadinya mendekati peribadi Rasulullah s.a.w. Dia adalah bayangan Rasulullah bila disuluh dari sudut tauhid, ibadah, akhlak dan perjuangannya. Bahkan dialah orang yang paling kenal Rasulullah s.a.w, boleh menceritakan bahkan menjiwai watak Rasulullah.

5. Dia mempunyai kekuatan roh dan akal untuk mendidik muridnya dan ini diterjemahkan oleh peribadi muridnya sendiri. Dalam ertikata lain, berjaya muridnya untuk mujahadah dan mengusahakan taqwa itu adalah hasil didikannya.

6. Dia sangat kenal dan faham tentang muridnya. Bahkan dia sangat bertanggungjawab terhadap muridnya terutama dalam soal urusan muridnya dengan Tuhan.

Read more... Read More......

  © Free Blogger Templates Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP